1. Borang hendaklah diisi dengan jelas dan terang. Maklumat yang diberikan mestilah benar. Tindakan mahkamah boleh diambil terhadap pemohon sekiranya maklumat yang diberikan didapati palsu.
2. Borang ini diberi secara percuma.
3. Hanya satu borang akan diterima untuk setiap individu/pasangan suami isteri.
4. Hanya pemohon yang layak sahaja akan didaftarkan. Syarat-syarat kelayakan adalah seperti berikut:-
- i) Warganegara Malaysia.
- ii) Anak kelahiran Pulau Pinang, bekerja di Pulau Pinang dan Pengundi Berdaftar di Negeri Pulau Pinang atau; Bermastautin di Pulau Pinang sekurang-kurangnya 5 tahun dari tarikh permohonan dan Pengundi Berdaftar di Negeri Pulau Pinang.
- iii) Berumur 21 tahun ke atas pada tarikh permohonan.
- iv) Pendapatan tidak melebihi RM2,500 untuk Kos Rendah (suami dan isteri).
- v) Pendapatan tidak melebihi RM3,500 untuk Kos Sederhana Rendah (suami dan isteri).
- vi) Pendapatan tidak melebihi RM6,000 untuk Rumah Mampu Milik RM200,000 (suami dan isteri).
- vii) Pendapatan tidak melebihi RM8,000 untuk Rumah Mampu Milik RM300,000 (suami dan isteri).
- viii) Pendapatan tidak melebihi RM10,000 untuk Rumah Mampu Milik RM400,000 (suami dan isteri).
- ix) Bagi permohonan Rumah Kos Rendah/Kos Sederhana Rendah, pemohon dan isteri/suami tidak memiliki rumah di mana-mana negeri di Malaysia; atau bagi permohonan Rumah Mampu Milik pemohon dan isteri/suami tidak memiliki rumah di mana-mana negeri di Malaysia kecuali Rumah Kos Rendah.
5. Borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap hendaklah dikembalikan ke Kaunter Perumahan, Tingkat 3, KOMTAR beserta dokumen-dokumen berikut:-
- i) Salinan kad pengenalan (pemohon dan suami/isteri).
- ii) Salinan sijil nikah Pendaftaran perkahwinan/Akuan sumpah perkahwinan pemohon.
- iii) Sekiranya duda/janda, sertakan salinan Surat Daftar Cerai (sekiranya bercerai) atau salinan Sijil Kematian (sekiranya isteri/suami telah meninggal).
- iv) Salinan kad pengenalan dan sijil kelahiran anak/tanggungan.
- v) Sekiranya bekerja dengan kerajaan/swasta sertakan dokumen berikut:-
- a. Surat pengesahan terkini daripada majikan/salinan penyata gaji pokok dan elaun tetap bulanan terkini (pemohon dan isteri/suami).
- b. Salinan penyata KWSP terkini (pemohon dan isteri/suami).
- c. Pengesahan dari Pejabat KWSP sekiranya tidak mencarum.
- vi) Sekiranya berniaga, sertakan dokumen berikut:-
- a. Surat akuan sumpah pendapatan terkini (pemohon dan isteri/suami).
- b. Salinan sijil pendaftaran syarikat/lesen perniagaan.
- c. Pengesahan dari Pejabat KWSP walaupun tidak mencarum.
- d. Borang B Cukai Pendapatan (di mana berkenaan).
- vii) Sekiranya bekerja sendiri, sertakan dokumen berikut:-
- a. Surat akuan sumpah pendapatan terkini (pemohon dan isteri/suami).
- b. Pengesahan dari Pejabat KWSP walaupun tidak mencarum.
- c. Borang B cukai pendapatan (di mana berkenaan).
- viii) Sekiranya tidak bekerja, sertakan dokumen berikut:-
- a. Surat akuan sumpah pendapatan terkini (pemohon dan isteri/suami).
- b. Pengesahan dari Pejabat KWSP walaupun tidak mencarum.
- ix) Salinan kad pengenalan OKU (suami/isteri dan tanggungan jika berkaitan).
- x) Bagi pemastautin sekurang-kurangnya 5 tahun di Negeri Pulau Pinang, sila sertakan dokumen pengesahan majikan sebagai bukti.